Kebaikan Vitamin C Blackmores
Assalammualaikum !
Happy Monday u alls.. Hari ni bersemangat nak hapdet blog.. Tapi bukan entry honeymoon yer , huhu hamboi ramai sibuk nak tau apa citer honeymoon aku yer.. Alaa biasa2 jerk , bukan pergi Maldives ponn.. Kalau Maldives lain laa boleh aku poyo kat korang2 kan.. hohoho
Entry kali ni aku nak share pasal kebaikan vitamin C , disebabkan lately ni ramai yang tanya kenapa kulit aku makin cerah , makin glowing la apa laa.. haha padahal dalam gambar semua pon boleh edit kan… Tinggal nak pose pastu edit ! huhu tapi sebenarnya memang dah lama orang tegur pasal kulit aku , since kawen ni makin ramai yang tanyer.. And now bila dah berhijab makin bertambah seri orang kate.. Syukur sangat !
Especially yang dah lama tak jumpa aku.. Bila yang tanya aku pakai apa , makan apa, tak tahu nak jawab.. Sebab aku pakai dan makan sama macam dulu.. huhu Aku pakai produk muka pon yang biasa-biasa jer , tak macam korang-korang ada yang pakai Clinique , SK2 , Garnier, Tabita , & bla..bla
Teringin nak try aura white la , Shaklee la , & so on .. Produk Rita Rudaini tupon aku pernah teringin nak try, sebab tengok muka Rita tu mulus jerkan.. makan hati ahkak tengok ! huhu Tapi aku ni jenis kedekut , bila dengar harga selalu piker banyak kali nak beli.. Pastu bila hati aku asik racun , muka artis tu bukan takat makan supplement jer , dorang pergi facial , cucuk vitamin c bagai mana tak cun melecun.. hohoho Kalau dorang tak cun , nanti sape nak amik job … Tak gituu ?? Kata hati aku laa… hehehe
Blackmores antara produk yang terkenal & bagus ! tapi mahal sikit la yer..
Tapi apa percaya apa yang kita makan memang lambat laun akan ada kesan.. Sebab tu kita kene jaga pemakanan kita , kene amik supplement jugak.. Sebab umur kita ni bukan makin muda , makin tua dik non.. So sebelum kedut-kedut keluar kat bawah mata , bawah bibir baik jaga dari muda..
Macam aku , apa yang boleh aku share, aku cuma amik vitamin C.. Asalnya aku amik vitamin C , sebab aku senang nauu kene demam , selsema.. Pantang duduk tempat beraircond lama-lama, 2,3 hari lepas tu kompom selsema or demam kura-kura.. hohoho Tau tak demam kura-kura ??? Alaa demam manja2 , sengal2 badan.. Macam demam tapi tak demam.. hahaha macam mana tuu ?? Lantak laa korang tak paham buat-buat paham sudehh..
Kalau korang tak nak makan table vit c , boleh amalkan makan buah oren yang semua orang pon tahu kaya dengan vitamin C..
So akak ipar aku sorang ni dia keje kat company yang supply ubat-ubat kat klinik & hospital.. Dia laa yang bebel suruh aku makan vitamin C , untuk kasi antibody aku ni kuat laa skit , takdela lembik nauu sikit2 nak demam jerk.. hehe Lagipon dulu aku keje teruk sikit , kene panas , aircond , pastu angkat camera pon dah sekilo , set lighting lagi dah berkilo-kilo.. Mau tak sengal-sengal badan akak.. #pheiiww
Disebabkan harga nya quite cheap nak compare dengan brand lain , so aku pon start amalkan makan vitamin C dari akak ipar aku tu.. Lagipon sangat berbaloi sebotol ada 1000 biji , berbulan-bulan tahannya.. Biasa aku boleh tahan 3-4 bulan.. tengok berapa biji korang makan sehari.. hehe bagus takk ?? Ni baru berbaloi menang membeli , menang memakai.. hahaha
Kandungan Vitamin C ni tak tinggi , Cuma 100mg jerk.. Tapi kalau korang nak tinggi just makan jer lebih dalam 400mg or 600mg.. Kebiasaanya vitamin c brand lain lebih kurang tu laa kandungan dia tak silap aku.. Cuma apa yang aku tahu , inipon kawan aku pernah bagitau 1000mg sama dengan sekali cucuk vitamin C.. Ala macam artis-artis kita cucuk tu, means sekali dorang cucuk adalah 1000mg kandungannya.. Kawan aku ni memang pernah cucuk vitamin c , sebab tu dia tau.. hehe Tapi sejak dia tau aku nyer vitamin c ni murah dia pon pakat order kat aku..
So sebelum aku nak kawen tu , aku pon bantai laa makan 10 biji sehari .. Nak cantek punya pasal ! Yerlaa nak cucuk2 ahkak tak berani.. Kalau duit berkepuk-kepuk teringin jugak nak cucuk, tapi aku ni dah la penakut nak cucuk-cucuk nihh.. So lupakan sajer !
Tapi bila makan vitamin c dalam dos yang tinggi , macam 1000mg ni , sangat penting MINUM AIR BANYAK !!! Nampak tak aku bold kan ayat tu.. Penting okehh… Sama jugak kalau korang makan apa-apa produk kecantikan yang lain pon , air tu memang kene teguk jer.. Sebab , apa –apa produk pon kalau korang makan , kalau kurang air , susah benda tu nak larut dan bercampur dengan darah.. Air tu laa yang menolong.. Dan bila darah kita cantik barula kulit kita pon cantik.. Baru laa boleh cantik macam kak ton ! =D
Dan hasilnya jugak cepat, korang akan rasa kulit lembab , jerawat pon malu nak tumbuh.. Jerawat terjadi bila ada minyak berlebihan kat muka or dalam badan.. So bila makan vitamin c + minum air secukupnya , minyak kurang , darah pon bersih dan lancar barulah kulit kita berseri-seri..
Dan sekarang almost 5 tahun aku makan vitamin c ni.. Aku percaya supplement ni kalau kita amalkan memang kesan dia kita nampak lambat , tapi hasilnya untuk jangka panjang.. Yerla supplement apa pon kita makan , bercampur dengan darah .. Kalau korang sibuk pakai produk luaran jer tapi dalaman darah tak cantek , tak lancar , pon tak guna.. Nanti muka jer cantek , leher berkedut-kedut.. Badan pon senang sakit.. Eceehh kemain cakap macam doctor pulak aku.. hohoho layak ke ko ??
Selain vitamin C , aku jugak amalkan pergi buat rawatan muka.. Atleast 2 bulan sekali , kalau bajet lari or bzz sangat , 4 bulan sekali baru buat.. huhu Itupon aku rasa membantu , sebab rawatan muka ni buat kulit aku tengang & buang kulit –kulit mati or white head.. Untuk korang yang tak tahu , kulit mati or white head kalau di biar boleh sebabkan kulit muka kita kusam .. Bila kusam tu yang nampak tak berseri dan gelap..
Okey aku rasa itu jer kot aku nak share ! hehe So lepas ni korang boleh lari pergi mana2 pharmacy or belek je website mana yang jual vitamin c.. Amalkan dan jangan lupe minum air yang cukup !!! Tapi untuk sesiapa yang nak order vitamin C yang sama aku makan , email aku yer kengkawan..
lyana.hasan@gmail.com
1000biji = 100mg per tablet..
Kat bawah ni antara kelebihan lain vitamin C..
1. Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
2. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
3. Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
4. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
5. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
6. Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
7. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
8. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
9. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
10. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
11. Merawat jangkitan saluran kencing.
12, Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Okey kengkawan , selamat beramal !! tapi kene ingat supplement untuk cantikkan kulit , tapi untuk cantikkan hati kene sentiasa lakukan perkara -perkara yang baik.. Barulah cantik luar , cantik dalam , cantik dengar sini ! huhuhu
Source: http://onesteptobe.blogspot.com/2013/10/apa-yang-aku-makan-kebaikan-vit-c.html
0 komentar:
Posting Komentar